Pages

Wednesday, July 27, 2011

Belum setaraf Mourinho


KETIKA Chelsea tiba di Hong Kong kelmarin, Petr Cech mendakwa pengurus kelab sebelum ini dipecat kerana gagal mencapai tahap Jose Mourinho.

Bayangan ‘The Special One’ itu masih menghantui dan Cech menganggap Mourinho sebagai penanda aras bagi Chelsea dan

sehingga pencapaian itu diulangi, sesiapa saja yang menggalas tugasnya perlu bergelut untuk mengekalkan jawatan itu untuk jangka panjang.

“Setiap pengurus mempu�nyai falsafah masing-masing dan kadang-kala ia menjadi, ada kalanya menjadi sebalik�nya,” kata penjaga gol itu yang memasuki musim kelapan, dengan tujuh pengurus berbeza termasuk Andre Villas-Boas.


“Sudah pasti, Jose Mourinho meletakkan standard dan sudah pasti yang lain cuba untuk menandinginya,” katanya.

Selepas Mourinho, Chelsea dikendalikan Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink sebagai pemangku dan dua tahun bersama Carlo Ancelotti, penilaian Cech dilihat agak kasar terhadap jurulatih Itali yang berjaya membawa dua gelaran sebelum Villas-Boas.

Kegagalan merebut sebarang trofi musim lalu, bermakna Ancelotti terpaksa disingkirkan dan Cech bersetuju dengan keadaan di dalam kem Chelsea di mana bekas pengurus itu gagal memperbaiki keadaan secepat mungkin apabila kempen menjadi begitu sukar musim lalu.

“Anda terpaksa menukar pengurus apabila anda melihat tiada jalan lain,” kata Cech.

“Saya fikir itulah falsafah kelab dan berharap ada jalan buat Andre menyambung tugasnya untuk beberapa tahun akan datang.

“Tujuh pengurus sudah dilantik sebagai pengurus Chelsea sejak saya menyertai kelab ini dan malangnya, selain Jose yang berada di sini selama tiga setengah tahun, tiada siapa yang mampu bertahan lama.

“Anda akan lihat, jika kami mempunyai musim yang bagus, kita akan membina asas yang kukuh untuk pengurus kekal di sini untuk beberapa tahun lagi,” katanya.

Bagaimanapun, baik Cech mahupun Villas-Boas sedar kejayaan itu perlu hadir secepat mungkin.

“Kadangkala anda boleh katakan ia satu musim yang baik dan anda menamatkan musim tanpa sebarang trofi tetapi sukar untuk membayangkan berkata sedemikian dalam kelab ini,” kata Cech.

Mourinho sendiri pun masih belum menjuarai Liga Juara-Juara dan perkara itu masih menjadi sasaran utamanya.

Cech kini berusia 29 tahun dan menggantikan Carlo Cudicini sebagai penjaga gol utama Chelsea di bawah kendalian Mourinho pada awal musim 2004 dan biarpun pemain antarabangsa Republik Czech dibeli pada harga �7 juta (RM33.9 juta) dari kelab Perancis, Rennes, ketika di bawah kendalian Claudio Ranieri tetapi tidak berpeluang beraksi di bawah pengurus Itali itu.

Villas-Boas tiba pada masa sama iaitu Julai tahun ini, sebagai kakitangan sokongan Mourinho yang bertindak meninjau skuad lawan dan kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga pada musim pertama.

“Sejak Andre berada di sini (sebelum ini) bekerja bersama Jose banyak perkara yang berubah,” kata Cech.

“Kelab ini sudah berubah. Beliau sudah berubah. Daripada seorang yang bertugas di bahagian teknikal kepada pengurus dan saya fikir setakat ini segala-galanya berjalan lancar dan saya harap ia dapat diteruskan,” katanya.

Pandangan Cech boleh diterima. Bersama-sama John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba, dia diang�gap sebagai empat pemain utama dari segi karektor dan pandangan dalam skuad Chelsea.

Pandangannya mendapat perhatian ramai dan ia termasuk Roman Abramovich, yang pada ketikanya turut menerima pandangannya.

Cech adalah sebahagian daripada skuad yang me�nyertai jelajah pra musim di Asia yang sebelum ini bertandang di Malaysia dan Thailand sebelum tiba di Hong Kong di mana mereka akan bertanding dengan Aston Villa, Blackburn Rovers dan pasukan tempatan Kitchee untuk Trofi Liga Perdana Asia.

Kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaysia diikuti 4-0 ke atas Pasukan Pilihan Thailand di mana Cech diturunkan buat pertama kali, menyifatkan Chelsea tidak cukup menyakinkan.

Kepincangan pemain baru agak membimbang�kan segelintir pihak dan wujud perubahan formasi 4-3-3 yang diterapkan Mourinho yang cuba diikuti pemain lain kepada gaya yang lebih menyerang. Ia gaya yang cukup diskuai Villas-Boas.

“Dia mempunyai idea sendiri bagaimana kami harus bermain,”

kata Cech. “Kami mempunyai per�tahanan yangh mantap dan setakat ini kami tidak bolos sebarang gol dalam perlawanan pra musim dan ini satu petanda yang bagus.

Apabila anda bekerja keras, tentunya menyeronokkan jika menang perlawanan tanpa bolos dan ia memberikan keyakinan,” katanya.
sumber:my metro

No comments:

Post a Comment