Pages

Sunday, June 12, 2011

Seorang maut, 2 parah

SELAMAT... Awang Ahmad bersama isterinya melawat Mohd Fadli yang cedera di hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

SANDAKAN: Tidak tahan mendengar tiga anak saudaranya berbuat bising, seorang lelaki berusia 20-an merodok dan mengelar tiga kanak-kanak itu menggunakan pisau hingga menyebabkan seorang maut di pangsapuri Majlis Pembandaran Sandakan, Jalan Batu Sapi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Khairadri Awang Ahmad, 6, ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat cedera parah di perut, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.


Abangnya, Mohd Fadli Zairi, 12, turut dikelar di dada manakala kakaknya, Nur Salinah, 10, cedera di pergelangan tangan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent dan dikatakan masih trauma.

Difahamkan, ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan meninggalkan anak mereka bersendirian, sementara suspek menetap di tingkat bawah rumah pasangan itu.


Suspek dikatakan berehat di rumahnya manakala tiga beradik itu bermain di rumah mereka.


Bagaimanapun, suspek yang terganggu dengan perbuatan anak buahnya yang nakal itu menegur mereka supaya tidak berbuat bising.

Namun, arahan lelaki berkenaan hanya bertahan seketika apabila ketiga-tiga beradik itu kemudian mengulangi perbuatan sama dengan berbuat bising.


Keadaan itu menyebabkan suspek berang dan terus menuju ke rumah mangsa di tingkat atas lalu memarahi mereka.

Selepas dimarahi, suspek secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum menikam dan mengelar tiga beradik itu.


Selepas merodok perut Mohd Khairadri, suspek mengelar Mohd Fadli di dada manakala Nur Salinah dikelar di pergelangan tangan.


Bagaimanapun, Mohd Fadli dan Nur Salinah sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran bersebelahan rumah.


Terkejut melihat kedua-dua beradik itu berlumuran darah, jiran terbabit terus menuju ke rumah mangsa dan melihat Mohd Khairadri terbaring berlumuran darah dalam keadaan tidak bermaya manakala suspek melarikan diri.


Jiran mangsa kemudian membawa tiga kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum Mohd Khairadri disahkan meninggal dunia.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan kira-kira jam 8 pagi semalam di stesen minyak di Jalan Karamunting.


“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

sumber:mymetro

Maut ditikam bertubi-tubi

PERIKSA... polis melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa yang ditemui di sebuah bilik kongsi.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam cinta tiga segi maut ditikam bertubi-tubi di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan kondominium, mangsa dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita juga dari Indonesia.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat di rumah kongsi berkenaan sebelum sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian.

“Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di dalam bilik dalam keadaan berlumuran darah.


“Sepasukan polis dari Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKK) dan Unit Pengesan Anjing (D9) turut membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui lapan kesan luka tikaman selain beberapa kesan kelar pada badan mangsa menggunakan senjata tajam.

Namun, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek.


“Ketika polis tiba di tempat kejadian, semua pekerja melarikan diri dan semua rumah kongsi juga kosong.

“Motif pembunuhan dipercayai berkaitan perempuan berikutan penemuan pasport seorang wanita warga Indonesia dan kasut berhampiran mayat mangsa,” katanya.


Zakaria berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


sumber:mymetro

Pengantin kanak-kanak

AKHIRI ZAMAN KANAK-KANAK... Rajani, 5, dikejutkan daripada tidur dan didukung bapa saudaranya untuk dikahwinkan.

DENGAN mata terbeliak dan muka ketakutan, wajah kanak-kanak ini menggambarkan kekecewaan mereka selepas kesucian mereka dirampas dengan kejam.

Mereka sepatutnya bermain, belajar dan berseronok menempuh zaman kanak-kanak. Malangnya, kanak-kanak itu, dengan ada yang semuda lima tahun, dikahwinkan dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara rahsia.


Perkahwinan seumpama itu dianggarkan berlaku kepada 10 juta hingga 12 juta kanak-kanak di negara sedang membangun setiap tahun.






Di India, kanak-kanak perempuan biasanya dikahwinkan dengan budak lelaki berusia empat atau lima tahun lebih tua daripada mereka. Namun di Yaman, Afghanistan, Habsyah dan beberapa negara lain yang kadar perkahwinan pada usia muda lebih tinggi, si suami biasanya adalah pemuda, duda berusia pertengahan tahun atau penculik yang merogol kanak-kanak itu dan kemudian menuntut mangsa menjadi isterinya.


Sebahagian daripada perkahwinan itu juga membabitkan urusan perniagaan atau untuk menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga.


Kahwin paksa pada usia muda berlaku di kebanyakan tempat, selalunya bertentangan dengan undang-undang negara.

Namun bagi masyarakat yang mengamalkannya, ia dianggap cara paling sesuai untuk pendewasaan seseorang gadis. Bagi mereka, ia lebih baik daripada dia hilang keperawanannya kepada orang lain sebelum berkahwin.


Majlis perkahwinan biasanya diadakan pada tengah malam dengan seluruh kampung merahsiakannya kerana bimbang diserbu polis.

Dalam satu projek khas untuk majalah National Geographic, wartawan Cynthia Gorney dan jurugambar Stephanie Sinclair mengunjungi Yaman dan Rajashtan di India untuk menyiasat amalan mengejutkan itu.


Di India, gadis tidak boleh berkahwin sebelum mencecah usia 18, tetapi majlis membabitkan kanak-kanak perempuan berusia awal belasan tahun mungkin dilakukan secara tersembunyi.


Anak perempuan yang dalam usia muda, dengan ada yang berumur lima tahun, ‘ditumpangkan’ untuk dikahwinkan pada satu majlis perkahwinan dengan nama mereka tidak diselitkan dalam jemputan perkahwinan.


Dalam satu kes di Rajashtan, ketika kakaknya berusia belasan tahun dikahwinkan, seorang pengantin kanak-kanak berusia lima tahun, Rajani, tertidur sebelum majlis bermula.


Seorang bapa saudaranya mengangkatnya dari katil dan mengendongnya di bawah sinaran cahaya bulan, menuju ke tempat paderi dan bakal suaminya — budak lelaki berusia 10 tahun — menunggu.


Meskipun pengantin kanak-kanak ditetapkan akan kekal bersama keluarga masing-masing sehingga mereka lebih dewasa, ia jarang diamalkan.


Tiga tahun lalu, kes membabitkan Nujood Ali menjadi tumpuan seluruh dunia. Gadis Yaman berusia 10 tahun itu berjaya melarikan diri meninggalkan rumah, menuju ke mahkamah untuk memohon cerai daripada suaminya, lelaki berusia 30-an yang sering memukulnya selepas dia dikahwinkan secara paksa oleh bapanya.


Dia menjadi gadis poster untuk kanak-kanak di seluruh dunia yang senasib dengannya. Buku terbaru mengenainya — ‘Saya Nujood, 10 tahun dan janda’ — diterjemahkan ke dalam 30 bahasa.


Nujood kini tinggal semula dengan keluarganya dan menyambung persekolahan.


Tidak semua gadis berjaya menyelamatkan diri seperti Nurood. Sebahagian mereka yang berkahwin ketika kanak-kanak sudah pasti tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pelajaran.


Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka menerima kesan lebih buruk. Ramai diperkosa dan mempunyai jangka hayat rendah kerana melahirkan beberapa anak pada usia sangat muda.


Mereka juga mengalami penderaan fizikal dan terlalu takut untuk melarikan diri kerana diancam bunuh.


Dalam satu lagi kes di Yaman, kanak-kanak perempuan, Ayesha, 10, dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 50 tahun.


Wartawan itu diberitahu oleh kakaknya, Fatima, Ayesha menjerit apabila melihat lelaki yang hendak dikahwinkan dengannya.


Ada jiran membuat laporan polis, namun bapa Ayesha memaksanya memakai kasut tumit tinggi supaya dia kelihatan tinggi dan memakai purdah supaya wajahnya tidak dapat dilihat.


Si bapa memberi amaran, jika dia dipenjara, dia akan membunuh Ayesha apabila dibebaskan kemudian. Polis meninggalkan rumah lelaki itu tanpa menahan sesiapa dan Ayesha kini tinggal bersama suaminya di kampung yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari rumah keluarganya.


“Dia mempunyai telefon bimbit. Setiap hari dia menelefon saya, dan dia pasti menangis,” kata Fatima.


Kesan kesihatan sangat serius dan dalam beberapa kes, ia menyebabkan maut.


Seorang doktor di Sanaa, ibu negara Yaman, menyenaraikan beberapa kesan kesihatan terhadap kanak-kanak perempuan yang dipaksa mengadakan seks dan padah akibat melahirkan anak ketika mereka belum dewasa daripada segi fizikal.


“Kanak-kanak perempuan memang terlalu muda untuk memahami konsep hamil. Menurutnya, ada yang tidak tahu mengenai bayi di dalam perut mereka ketika mengandung,” katanya.


Tidak ramai yang dibekalkan dengan maklumat mengenai penjagaan diri dan anak yang baru dilahirkan, menyebabkan peningkatan kadar kematian di kalangan bayi.


Aktivis yang berusaha menghalang perkahwinan kanak-kanak dan meningkatkan kualiti kehidupan wanita sedar betapa sukarnya untuk menyelamatkan mangsa.


Molly Melching, pengasas Tostan, sebuah pertubuhan yang berpusat di Senegal, memberitahu National Geographic: “Jika kita pisahkan seorang gadis dan memencilkannya dari masyarakatnya, apa akan berlaku dengan kehidupan mereka? “Anda tidak boleh menggalakkan kanak-kanak perempuan melarikan diri. Anda tidak boleh menangani kes perkahwinan kanak-kanak itu dengan memerangi atau memalukan orang ramai dan berkata mereka ketinggalan zaman. “Usaha perlu dilakukan untuk mengubah seluruh masyarakat. Dan jika itu berjaya, amalan itu pasti dapat dihapuskan.”

sumber:mymetro

Giggs mahu jalani rawatan

MASIH SAYANG...Ryan Giggs dan isteri.

LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs dilapor memberitahu isterinya dia akan mendapatkan bantuan untuk merawat ketagihan seksnya dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

Isteri Ryan, Stacey, 32, dilapor bersetuju dengan cadangan itu.


Stacey mengambil keputusan untuk terus kekal bersama Ryan selepas bintang bola sepak itu berjanji untuk tidak curang lagi terhadapnya.

Reputasi Giggis sebagai ‘Mr Clean’ tercemar selepas kegiatan seksnya selama lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan bintang Big Brother, Imogen Thomas terbongkar.


Stacey yang mempunyai dua anak dengan Ryan memberitahu seorang rakan rapat: “Ryan menghidap penyakit dan dia perlukan bantuan saya. “Selagi dia lakukan apa yang dia janji, perkahwinan kami akan terselamat.


“Dia tidak mencintai Imogen dan Natasha adalah pembohong, Keluarga kami akan berjaya menempuh dugaan ini.” Satu sumber lain berkata: “Ryan akur dia menghadapi masalah ketagihan seks. Dia tidak ada pilihan lain. Dia memberitahu Stacey, dia akan lakukan apa saja untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dia menawar diri untuk mendapatkan bantuan profesional.” Ryan sebelum ini dilapor menawarkan £250,000 (RM1 juta) kepada adiknya, Rhodri, supaya tidak mendedahkan kecurangannya. - Agensi

sumber:mymetro

PASUKAN Terengganu meraikan kejayaan menjuarai Piala FA 2011


PASUKAN Terengganu meraikan kejayaan menjuarai Piala FA 2011 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Jun 12, 2011 12:12 am

sumber:berita harian

Sunday, June 5, 2011

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal (kanan) menjuarai Terbuka Perancis


PEMAIN tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal (kanan) menjuarai Terbuka Perancis apabila menewaskan pemain Switzerland, Roger Federer (kiri) 7-5, 7-6, 5-7, 6-1 pada perlawanan akhir, awal pagi tadi. Ia adalah kejuaraan keenam Nadal bagi Terbuka Perancis. - Foto AFP
Jun 6, 2011 6:50 am

sumber;berita harian

Nadal juara Terbuka Perancis

PARIS: Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal menjuarai Terbuka Perancis apabila menewaskan pemain Switzerland, Roger Federer 7-5, 7-6, 5-7, 6-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi.

Nadal yang juga pemain pilihan pertama bagaimanapun diberi tentangan sengit oleh Rederer pada set ketiga sebelum Nadal bangkit untuk merampas set keempat bagi mempertahankan kejuaraannya itu.
Ia adalah kejuaraan keenam Nadal bagi Terbuka Perancis.

sumber:berita harian

Saturday, June 4, 2011

Bayi Enam Bulan Maut Akibat Tersedak Makanan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia semalam akibat tersedak, sehari selepas mengalami muntah selepas diberi makan oleh ibunya di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supritendan Aida Abdul Hamid berkata laporan bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu bercampur makanan.

Bayi malang itu, Rania Batrisyia Zulazmi, meninggal dunia kira-kira 3.30 petang Jumaat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini, katanya kepada Bernama ketika dihubungi Sabtu.

Sementara itu, nenek bayi itu, Ramlah Baba, 63, berkata dia dimaklumkan bahawa cucunya muntah dan tidak bermaya selepas diberi makan oleh ibunya pada Khamis sebelum dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.

"Namun, doktor di klinik itu mengesahkan cucu saya tidak mengalami tanda tersedak makanan," katanya kepada pemberita di PPUM di sini Sabtu.

Beliau berkata cucunya itu dihantar bapanya ke rumah pengasuh berhampiran dengan rumah mereka, semalam.

"Kira-kira 12 tengah hari semalam, pengasuh cucu saya menghubungi menantu saya dan memaklumkan bahawa Rania dihantar ke PPUM setelah mendapati badannya sudah tidak bermaya sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Rania Batrisyia adalah anak tunggal pasangan itu. - BERNAMA

Filipina lancar kempen cegah bawa keluar cicak tokek

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina melancarkan kempen besar-besaran bagi menghentikan kegiatan membawa keluar cicak tokek atau gecko yang ditawarkan pada harga tinggi di pasaran gelap.

Berikutan itu, Manila semalam meletakkan polis di negara berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mencegah penjualan, mengangkut atau memindahkan secara haram haiwan berkenaan oleh warga asing.
Akhbar dalam talian Inquirer.net semalam memetik Pegawai Alam Sekitar dan Sumber Asli (Cenro) bandar Bacolod, Joan Gerangaya sebagai berkata polis diarahkan supaya menahan sesiapa saja yang menangkap, menjual atau mengangkut tokek kerana mencabuli Akta Hidupan Liar Filipina.

Pihak berkuasa di lapangan terbang dan pelabuhan negara itu turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang sesiapa saja membawa keluar tokek atau hidupan liar lain dari kawasan selatan Filipina.

Laporan Berita Harian sebelum ini menyatakan kawasan di selatan Filipina menjadi tumpuan pemburu cicak tokek dengan menawarkan sejumlah wang besar kepada penduduk tempatan bagi mendapatkan haiwan itu.

Haiwan berkenaan dianggap bernilai apabila mula mencecah berat 450gram dan sepanjang 22 inci kerana dikatakan mampu mengubat pelbagai jenis penyakit termasuk AIDS serta dikatakan boleh dijadikan bahan untuk membuat bom nuklear.

Harga haiwan yang mencapai tahap dewasa itu dikatakan ditawarkan pada harga sehingga RM1 bilion di pasaran gelap tetapi pembeli dari Malaysia yang menjadi orang tengah untuk saudagar dari China dan Korea, boleh mendapatkan haiwan itu di selatan Filipina dengan harga antara RM100,000 hingga RM300,000 saja.
Naib Presiden dan Pengarah Urusan Yayasan Perlindungan Biodiversiti Filipina, Errol Abada Gatumbato yang dipetik akhbar itu turut menyatakan, dagangan secara haram cicak tokek amat berleluasa di selatan Filipina.

Sementara itu, Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, sekali lagi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak terbabit dalam aktiviti dagangan cicak tokek kerana ia mencabuli undang-undang tempatan.

“Saya berharap mereka tidak terpengaruh dengan tawaran lumayan hasil dagangan haiwan ini kerana belum ada kajian saintifik membuktikan dakwaan khasiat tokek,” katanya kepada Berita Harian.

'Kesal persia masa muda'

MEGAT SHAHRIZAT dan ibunya Hasiah Ibrahim berpelukan sebaik dia dibebaskan daripada Penjara Kajang, semalam.


Pemuda akui 15 tahun meringkuk di penjara beri banyak pengajaran

KUALA LUMPUR: “Rasa macam baru lahir. Saya benar-benar menyesal atas kesalahan lalu. Masa muda saya hanya fikir untuk berseronok dan tidak pernah terlintas untuk fikir masa depan. Saya sangat takut dengan kehidupan dalam penjara, setiap masa saya mengira detik, saat dan waktu, apa dan bagaimana dengan masa depan saya kelak, saya benar-benar menyesal atas kesalahan lalu.”
Itu reaksi Megat Shahrizat Megat Shahrur, 33, yang dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pada 2001 kerana pihak pendakwaan gagal dalam rayuan kali ketiga bagi meyakinkan Mahkamah Persekutuan untuk meminda pertuduhan ke atasnya daripada membunuh tanpa niat kepada membunuh.

“Apa yang paling utama, selepas ini saya ingin membantu orang tua saya yang banyak bersusah-payah membantu mendapatkan keadilan serta memberi semangat untuk saya terus hidup.

“Sejak berada di dalam penjara, Tuhan memberi petunjuk dan pedoman kepada saya agar bertaubat dan lakukan suruhannya. Mungkin perkara pertama yang akan saya lakukan adalah untuk kembali menyambung pelajaran dalam bidang masakan bagi membantu ayah yang menjalankan perniagaan katering,” katanya sambil menitiskan air mata.

Tambahnya, dia dan keluarga juga bercadang untuk menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya dan melupakan terus segala sejarah silam yang memberi satu kenangan pahit buat dirinya dan keluarga.

Megat Shahrizat sempat menitipkan sedikit nasihat kepada remaja agar tidak mudah terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak sihat hingga bertindak di luar kewarasan sekali gus melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
Sementara itu, ibunya, Asiah Ibrahim, 62, berkata, “Saya sebagai ibu dia, saya kenal baik buruk dia, luar dalam dia, macam mana salah sekalipun dia tetap anak saya.

“Saya juga percaya Megat telah bertaubat. Melalui laporan yang saya terima daripada pegawai penjara, anak saya berjaya khatam al-Quran setiap tahun sepanjang dia dipenjara sejak Jun 2001. Apabila dengar berita itu saya dan suami bercadang nak bawa Megat menunaikan umrah agar dia boleh lupakan apa yang terjadi,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana anaknya terlepas daripada tali gantung dan dia berharap agar masyarakat dapat menerimanya kembali kerana anaknya itu sudah menerima hukuman setimpal.

Selain ibunya, turut menyambut kepulangan Megat dari penjara semalam ialah abangnya Megat Suhairi, 37 dan kakaknya Wan Suhaila, 38.

Megat Shahrizat pada Jun 2001 dituduh menyebabkan kematian anak teman wanitanya Nur Izzatul Shahira Rozilan di Kondominium Sri Suajaya, Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini antara jam 10.45 malam 3 Jun 2001 hingga 1.30 pagi keesokannya


sumber:berita harian

REAKSI Rafael Nadal


REAKSI Rafael Nadal selepas menewaskan Andy Murray (gambar kecil) 6-4, 7-5, 6-4 di kejohanan tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, awal tadi. - Foto Reuters
Jun 4, 2011 8:41 am


sumber: berita harian

Paul Scharner (kiri) bergelut dengan pemain Jerman, Mesut Ozi


PEMAIN Austria, Paul Scharner (kiri) bergelut dengan pemain Jerman, Mesut Ozil untuk mendapatkan bola dalam saingan kelayakan Eropah 2012 di Stadium Ernst-Happel, awal pagi tadi. Jerman menang 2-1. - Foto AFP
Jun 4, 2011 8:55 am

sumber:berita harian

Thursday, June 2, 2011

£50m for Fabregas! Arsenal slap price tag on skipper as Real Madrid plot summer bid

Real Madrid have been told to open the bidding at £50million for Cesc Fabregas after making the Arsenal captain their primary transfer target for the summer.

The Spanish giants are set for a summer tussle with rivals Barcelona for the midfielder, with the player's desire to move to the Nou Camp matched by the will of Madrid president Florentino Perez to hijack the deal.


Reports in his native Spain suggest the Arsenal man is preparing to once again try and force through a transfer back to the club he left at 16 after yet another trophyless season in north London.

Madrid, though, who boast significantly more by way of financial muscle than Barca, are so desperate to steal a march on their great rivals that they allegedly spoke with Arsenal officials this week who told them the point at which they would start negotiating.


El Mundo Deportivo report that Madrid's director general, Jose Angel Sanchez, was also told Arsenal would only sell to teams abroad as opposed to Chelsea and Manchester City who are also interested in securing his services.

The sudden surge in activity at Madrid was sparked, according to the Spanish newspaper, by Barcelona's comprehensive victory over Manchester United in the Champions League final.



The manner of the win highlighted to Perez the need of his own club to both prevent Fabregas becoming the natural heir to Xavi at the Nou Camp, and to create a dynasty of Spanish players at the Bernabeu.

Fabregas, meanwhile, who is on holiday in the United States, is keen to avoid a repeat of the last summer where Barcelona embarked on an appallingly unprofessional crusade to unsettle the player.


Yet according to Sport, his desire to leave remains as strong as ever.

Last month Arsenal boss Arsene Wenger remained firm in his belief that Fabregas would remain in London for at least another year.

He said: 'I expect him to be here, and I will fight very hard to keep him here. You have always to fight when you have a player of that quality. You must always fight to keep your players.


What guarantees you that if you go somewhere else you will win trophies? The biggest pride for a captain is to be committed to his club and deliver trophies with his team.

'A player who changes his club every time he is frustrated or when he doesn't win a trophy, goes nowhere. I believe the quality of sports life is to be committed to your club and not just to move out when it does not go as well as you expected.'

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1393474/Arsenal-slap-50m-price-tag-Cesc-Fabregas-Real-Madrid-come-calling-captain.html#ixzz1O7usVZBN

Manuel Neuer Kini Sah Milik Bayern Munich

BAYERN MUNICH pada Khamis telah mengesahkan bahawa mereka berjaya mencapai persetujuan kontrak dengan Schalke untuk membeli penjaga gol paling berharga dalam Liga Jerman iaitu Manuel Neuer.

Penjaga gol antarabangsa Jerman itu akan menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Bayern di Stadium Allianz Arena minggu depan.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata: 'Ini adalah saat yang paling berharga dalam kerjaya saya sebagai pemain bolasepak apatah lagi saya akan bermain bersama-sama ramai rakan pasukan kebangsaan di Bayern."

Perpindahan ini menutup terus peluang Manchester United yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Kontraknya bersama Schalke hanya tinggal semusim sahaja lagi dan kelab tersebut tidak mahu mengambil risiko penjaga gol berharga mereka itu meninggalkan kelab sebagai pemain bebas yang bermakna mereka tidak akan mendapat apa-apa royalti dari hasil perpindahannya nanti jika tidak bertindak sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: "Bayern sangat beruntung kerana akhirnya kami memperolehi khidmat penjaga gol terbaik Jerman dan mungkin juga salah seorang yang terbaik di dunia."

Bayern sememangnya terdesak untuk mendapatkan seorang lagi penjaga gol selepas membenarkan penjaga gol simpanan mereka, Thomas Kraft berpindah ke Hertha Berlin.

Dengan perpindahan itu mereka kini hanya mempunyai seorang penjaga gol iaitu Hans-Jorg Butt, 37, dalam skuad senior.

Neuer telah bermain untuk Schalke sejak tahun 2005 dan nampaknya telah bermain untuk kali terakhir bersama kelabnya itu pada perlawanan akhir Piala Jerman minggu lalu.
sumber:mstar.com

Owen sambung setahun lagi


PENYERANG Manchester United, Michael Owen setuju menyambung setahun lagi kontrak dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris itu di ambang persaraan Paul Scholes yang yakin kelab itu mempunyai peluang cerah untuk terus menambah koleksi trofi.
Kontrak bekas penyerang Liverpool dan kebangsaan England yang mencecah usia 31 tahun itu tetapi jarang dapat disaksikan kelibatnya di Old Trafford, tamat bulan lalu.
“Saya gembira mendapat kontrak lanjutan setahun ini,” katanya dalam laman web kelab itu. “Bermain bersama-sama ramai bintang hebat, di bawah pengurus yang luar biasa, dan di depan begitu ramai penyokong adalah satu inspirasi sebenar. Saya tidak sabar musim baru bermula.”

Dalam pada itu, Ferguson yang mengakui bakat besar Owen, berjanji akan memberi lebih peluang buat penyerang itu.

“Michael sudah membuktikan dirinya sebagai pemain handalan. Memang malang Michael tidak mendapat banyak peluang tetapi prestasi Chicharito (Javier Hernandez) membayangi semua dan gandingannya dengan (Wayne) Rooney terbukti berjaya,” kata pengurus Alex Ferguson dalam laman web kelab itu.

“Saya gembira Michael akan kekal setahun lagi dan kami akan menimbang untuk memberinya lebih peluang musim baru nanti.”
Owen menyertai United dua musim lalu dalam perpindahan percuma yang mengejutkan dari Newcastle United tetapi bergelut dengan kecederaan. Dia membuat 48 kemunculan buat United tetapi sebahagian besarnya dari bangku simpanan dan menjaringkan 14 gol.

Namanya diletakkan dalam senarai pemain gantian ketika kekalahan 1-3 di final Liga Juara-Juara menentang Barcelona sedangkan nama penyerang terbanyak Dimitar Berbatov tidak disenaraikan, tetapi Owen tidak dipanggil ke dalam padang. – Agensi
sumber:berita harian

Bapa dituduh sembelih anak didapati tidak waras


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi, di sini semalam melepas tanpa membebaskan seorang lelaki yang dituduh menyembelih anak keduanya berusia tiga tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini, pada 24 Ogos lalu.

Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berpuas hati dengan keterangan yang menyatakan tertuduh, Muhaimi Sautar, 34, ketika kejadian tidak menyedari kesalahan dilakukan kerana berada dalam keadaan tidak waras.
Berikutan itu, Azman memerintahkan bekas pengawal keselamatan itu dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor, untuk menerima rawatan.
Mengikut pertuduhan, Muhaimi didakwa menyebabkan kematian anak keduanya, Mohammad Adam Muzhaffar di rumah mereka di 133, Jalan Atas Paloh, Kampung Sungai Budor, pinggir bandar ini kira-kira jam 11.45 pagi hingga 12 tengah hari, pada 24 Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob, manakala Muhaimi yang kelihatan tenang ketika prosiding bermula jam 9.30 pagi semalam diwakili peguam Nik Mohamad Ikhwan Nik Mohamud.

Turut hadir mendengar keputusan semalam ialah ahli keluarga Muhaimi termasuk isterinya, Suzila Nik Mohd Hashim, 36.
Suzila yang kini terpaksa menyara kehidupannya dan dua anak sebagai penjual pakaian wanita berkata, dia reda serta pasrah dengan keputusan hakim supaya suaminya ditempatkan di Hospital Permai.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sumber:berita harian